Sunday, December 26, 2010

ciri-ciri lelaki yang mencintai seseorang

berikut adalah 15ciri-ciri seseorang lelaki yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu

1: Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu . yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu satunya.

2: Orang yang mencintai kamu sangup menerima kamu apa adanya , di hati dan matanya kamu yang tercantik walaupun berat badan kamu bertambah.

3: Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu apa saja kamu lalui pada sepanjang hari ini , dia ingin tahu kegiatan kamu.

4: Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan sms seperti 'selamat pagi' 'selamat hari minggu''take care' dan lain lain lagi walaupun kamu tidak membalas SMSnya ,kerana dengan SMS itu lah dia mengatakan cintanya , mengatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku cinta padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6: Orang yang mencintai kamu akan selalu  mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga buat dirinya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.


7: Orang yang mencintai kamu, selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,
bahkan mungkin kata-kata yang pernah kamu ungkapkan, kerana dia menyematkan kata-kata kamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa,tetapi bukan si dia yang mencintai kamu.


8: Kalau dia mendapat tahu kamu sedang sakit, dia kan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu, kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


9: Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang milik miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.


10: Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan hatinya.


11: Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


12: Dihatinya dia benar-benar takut akan kehilangan kamu, pernah dengar "jauh dimata, dekat dihati".


13: Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang sengal seperti menelefon 100kali dalam sehari. atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


14: Orang yang mencintai kamu akan sentiasa ingin berhubung dengan kamu setiap hari atau setiap masa, tidak kira walaupun dia tidak ada kredit untuk menghantar mesej kepada kamu. dia akan berusaha mencari untuk menghantar mesej walaupun sekali sehari.


15: Orang yang begitu MENCINTAI kamu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu CINTA.

No comments:

Post a Comment